Insiden di Paris tiada kaitan dengan Islam - Raja Salman

HARAKAHDAILY | .

RAJA Arab Saudi Salman bin Abdul Aziz mendedahkan protes keras di atas serangan yang menyebabkan terbunuhnya 153 orang di Paris, Perancis kelmarin.

Menurut Raja Salman, tindakan seperti itu merupakan tindakan yang bertentangan dengan ajaran agama Islam dan akal sihat manusia.

"Pembunuhan beramai-ramai yang terjadi di Paris tidak dibenarkan oleh agama dan akal manusia. Islam berlepas diri dari tindakan keji seperti itu," kata Raja Salman dalam akaun media sosial Twitter rasminya.

Tidak lupa Raja Salman juga mengucapkan takziah kepada rakyat Perancis.

"Saya mengucapkan takziah kepada bangsa Perancis dan mengajak seluruh masyarakat dunia untuk bersama memperhebatkan usaha dalam memerangi keganasan," tegas Raja Salman dalam akaun Twitter KingSalman. (Eramuslim.com)

Share on Myspace