Insiden Paris: Itulah dialami rakyat Palestin setiap hari

HARAKAHDAILY | .

GERAKAN Ḥarakat al-Muqāwamah al-ʾIslāmiyyah (Hamas) mengutuk serangan bom yang menggoncang ibu negara Perancis, Paris, Jumaat lalu.

Hamas menyatakan, itulah yang dialami rakyat Palestin setiap hari akibat penjajahan Zionis Israel.

Ahli Biro Politik Gerakan Hamas Izet Rasyq berkata, “serangan yang menggoncang Paris patut dikecam dengan segala ungkapan. Keganasan terhadap orang-orang awam tidak bersalah dan membunuh orang-orang yang aman (tidak dalam perang) adalah hal yang tidak boleh diterima, baik oleh aturan langit maupun manusia".

Rasyq lalu mengaitkan antara serangan di Paris dengan keganasan yang dilakukan penjajah Zionis Israel terhadap rakyat Palestin.

"Kami menyampaikan belasungkawa kepada bangsa Perancis dan turut berduka. Kami menentang serangan itu sebagaimana yang kami alami akibat keganasan penjajah Zionis Israel yang melakukan pembunuhan, penculikan, gempuran dan ugutan terhadap rakyat Palestin setiap hari," ujarnya seperti dilaporkan oleh Pusat Maklumat Palestin, semalam.

Rasyq mengungkapkan, ini adalah tindakan kejahatan keji yang bertentangan dengan semua nilai kemanusiaan dan peradaban, yang sama sekali tidak ada hubungannya dengan agama manapun.

Pada pagi Sabtu lalu, Jaksa Umum Perancis mengatakan bahawa lebih dari 142 orang meninggal dalam dua serangan berasingan dan tiga bom secara berasingan di Paris, ibu negara Perancis. [Islampos]

Share on Myspace