PAS Perak gesa kerajaan negeri uruskan isu harta wakaf

ZULHAFEEZ AHMAD ZAHIDI | .

IPOH: Pengurusan tanah wakaf perlu diberikan usaha penjagaan sewajarnya iaitu pengurusan tanah wakaf negeri Perak, demikian menurut Adun Gunong Semanggol, Ustaz Mohd Zawawi Abu Hassan.

Terangnya, harta wakaf itu memerlukan sistem urus tadbir sempurna sama ada ia dimajukan sebagai sumber penjanaan ekonomi ataupun hanya dibiarkan gersang dimamah waktu dan usia.

Tegas beliau, pengurusan harta pusaka kepada waris membelenggu rakyat oleh kerana sistem urus tadbirnya dilihat rumit.

Beliau menjelaskan kepada sidang dewan, contoh tanah pusaka yang terletak dibawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar sehinggakan berlaku lambakkan tanah pusaka yang tidak diuruskan kepada waris.

Tambahnya, implikasi status tanah tersebut masih tidak diserahkan miliknya kepada pihak yang berhak.

"Solusi terbaik yang boleh dinilai oleh pihak pentadbiran negeri, mewujudkan mekanisme pengurusan  ke arah tahap lebih cekap .

"Kesempurnaan urus tadbir yang baik menjamin setiap harta yang ditinggalkan mampu dimanfaatkan oleh waris sebaiknya bagi meneruskan kehidupan akan datang.

"Saya berpegang dengan pengurusan harta wakaf ini merupakan tanggungjawab pentadbir kerana ia amanah untuk diuruskan demi kebaikan bersama," ujarnya.

Katanya, situasi ekonomi sekarang memerlukan penjanaan sumber kewangan melalui tanah wakaf untuk kebajikan kepada rakyat yang menjadi solusi terbaik dari terus dibelenggu dengan krisis ekonomi. – HARAKAHDAILY 19/11/2015

Share on Myspace