'Bila kami mati, tolong teruskan sekolah ini'

HARAKAHDAILY | .

BALING: "Bila kami mati, tolong teruskan sekolah ini," demikian kata-kata yang pernah diucapkan oleh Almarhum As-Syahid Ustaz Ibrahim Mahmud.

Mudir Madrasah Islahiah Diniah, Kampung Memali Ustaz Yusuf Che Mit memberitahu demikian ketika berucap pada Majlis Memperingati 30 Tahun Syuhada Memali di pekarangan madrasah itu, kira-kira 20 kilometer dari sini, malam tadi.

Sehubungan itu, beliau memohon sumbangan derma untuk meneruskan hasrat almarhum  yang lebih dikenali  Ustaz Ibrahim Libya membangunkan madarasah tersebut.

Keperluan kewangan yang diperlukan adalah untuk menggantikan kerusi dan meja pelajar yang berusia hampir 20 tahun dengan anggaran kos RM20,000.

Selain itu, kos untuk membaiki dan menggantikan perabot kantin lebih kurang RM30,000, asrama  dan lima unit rumah guru (RM50,000), tandas dan pendawaian semula bangunan sekolah (RM60,000) di samping pengurusan pentadbiran dan gaji bulanan guru dan kakitangan (RM144,000 setahun) berjumlah secara keseluruhan keperluan masa kini kira-kira RM304,000.

Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Bank Islam cawangan Baling bernombor 02048010005533 atau hubungi talian 04-4732631. - HARAKAHDAILY 20/11/2015

Share on Myspace