Kerajaan BN Kedah tidak serius dapatkan hasil negeri

HARAKAHDAILY | .

BALING: PAS Kedah menganggap kerajaan BN negeri yang diterajui Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak serius untuk mendapatkan hasil negeri.

Pesuruhjaya PAS negri, Dr Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi berkata, ini kerana sasaran kerajaan negeri untuk mendapatkan RM743 juta pada tahun ini msih tidak sasaran.

Katanya, sehingga kini kerajaan negeri memperolehi sekitar RM344 juta atau 46 peratus daripada unjuran pendapatan sebagaimana yang dibentangkan dalam bajet tahun lepas.

Beliau turut mempersoalkan bayaran hasil tanah yang diguna pakai oleh kerajaan Persekutuan berjumlah RM68.2 juta yang sepatutnya dibayar kepada kerajaan negeri.

"Persoalannya, yang patut Pusat bagi tapi buat senyap. Inilah antara kelemahn kerajaan Kedah sekarang," katanya semasa berucap pada Majlis Memperingati 30 Tahun Syuhada Memali di pekarangan Madrasah Islahiah Diniah Memali, malam tadi.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, Pengerusi Lembaga Pengarah Madrasah Islahiah Diniah, Datuk Muhammad Yusuf Hussin dan adik As-Syahid Ustaz Ibrahim Libya, Dr Mohd Rusdi Mahmud turut berucap pada majlis itu.

Katanya, ini berbeza dengan kerajaan negeri sebelum ini yang diperintah oleh PAS dan PKR yang melaksanakan banyak program untuk mencari hasil sendiri.

"BN Kedah hanya harap projek dari Persekutuan. Ini perbezaan antara Kerajaan PAS dan PKR yang lalu," ujarnya. - HARAKAHDAILY 21/11/2015

Share on Myspace