Sayu nama bermasalah pada PAS Kelantan disebut

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad melahirkan rasa gembira apabila mendengar nama-nama yang membangunkan PAS pada peringkat awal.

Beliau menyatakan demikian apabila mendengar pengkisahan suka duka PAS Kelantan sempena program Sambutan 60 Tahun PAS negeri itu.

"Tetapi sayu apabila nama-nama yang mendatang masalah kepada PAS Kelantan disebut.

"Biarlah nama-nama kita dikenang oleh orang terkemudian sebagai orang yang berbakti kepada PAS, bukan mendatang masalah kepada PAS," ujarnya menerusi laman facebook.

Beliau turut mengulas penganugerahan tokoh istiqamah PAS Kelantan kepada Datuk Abdul Halim Abdul Rahman sempena sambutan tersebut.

"Alhamdulillah beliau terus istiqamah dan banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada generasi kemudian mengenai adab dan disiplin berjamaah," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Datuk Abdul Halim terlibat bersama PAS sejak 57 tahun lalu dan pernah menjadi Timbalan Menteri Besar Kelantan.

Pada pilihan raya umum tahun 2004 beliau diarahkan bertanding di Parlimen Pengkalan Chepa. - HARAKAHDAILY 22/11/2015

Share on Myspace