Persidangan di Beirut dukung intifadhah rakyat Palestin

HARAKAHDAILY | .

Kumpulan Palestin mengadakan mesyuarat perundingan di sela-sela persidangan di Beirut pada hari Jumaat (20 November). Mesyuarat itu dilakukan untuk menyokong Intifadhah Jerusalem.

Dilaporkan dalam Palestinian Information Center, semalam kumpulan Palestin menekankan perlunya meningkatkan sokongan dan meneruskan intifadhah itu.

Persidangan itu membincangkan persatuan warga Palestin untuk meningkatkan perjuangan terhadap penjajahan Israel.

Mesyuarat itu dihadiri oleh pemimpin Mousa Abu Marzouk, Jamal Issa, Ali Barakeh dan Osama Hamdan. Selain itu hadir pula dari gerakan Hamas iaitu Abbas Zaki dan Fathi Abu Al-Ardat dari gerakan Fathah serta wakil-wakil dari kumpulan lain.

Persidangan Umum Arab Tahunan itu diadakan untuk menyokong gerakan intifadhah rakyat Palestin. Persidangan itu sekurang-kurangnya dihadiri kira-kira 250 tokoh dari Lubnan, Arab dan Palestin. [Islampos]

Share on Myspace