PRU14: PAS Selangor dijangka bertanding kerusi DAP

SAIDAH HAIRAN | .

KUALA LUMPUR: PAS Selangor dijangka akan meletakkan calon di beberapa kerusi milik DAP di negeri itu pada Pilihan raya Umum (PRU) ke-14 nanti, kata setiausaha PAS negeri, Mohd Khairuddin Othman.

Bagaimanapun, menurutnya PAS negeri belum membuat keputusan akhir untuk meletakkan calon khususnya di Sekinchan.

Beliau berkata, keputusan meletakkan calon PAS di kerusi DAP boleh berubah jika terdapat perkembangan-perkembangan terbaru.

"Setakat ini PAS telah memulakan turun padang ke Dun-Dun DAP antaranya Teratai dan Sekinchan. Dun Sungai Pelek juga antara fokus PAS untuk menang pada PRU nanti," tegasnya ketika dihubungi Harakahdaily.

PAS negeri, katanya tetap akan memberi tumpuan untuk menawan Parlimen Sungai Besar dan Dun Sungai Panjang pada PRU14 nanti.

Beliau menegaskan, daripada sudut jentera, PAS mempunyai jentera yang lengkap dan kuat untuk bekerja di kawasan Dun yang diwakili PAS dan DAP.

Menurut rekod terdapat 41 peratus pengundi Melayu di Dun Sekinchan. - HARAKAHDAILY 23/11/2015

Share on Myspace