Ada orang hendak matikan PAS, sifir mereka silap

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: "Ada orang hendak mematikan PAS di persada politik tanah air. Sifir mereka silap," ujar Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad.

Katanya, kelahiran PAS bukan kerana emosi atau kecewa dalam pertandingan.

Beliau menegaskan, tetapi PAS lahir atas kesedaran untuk mendaulatkan Islam.

"Berbagai usaha untuk memadamkan PAS, namun PAS tetap segar seperti rumput yang disiram embun pagi," katanya menerusi laman facebook.

Justeru, ujarnya PAS Kelantan yang baru mengadakan sambutan 60 tahun sarat dengan pengalaman jatuh bangun dalam arena politik di negara ini.

Menurutnya lagi, Kelantan kebanggaan ahli PAS di seluruh negara, kerana ia menjadi mercu tanda perjuangan PAS.

Tambahnya, bermula dalam keadaan dagang akhirnya berjaya memerintah negeri Kelantan 1959-1978.

"Kemudian daripada tahun 1990 hingga kini. Alhamdulillah Kelantan menjadi guru politik kepada rakyat di negara ini," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang. - HARAKAHDAILY 24/11/2015

Share on Myspace