Palestin: Hamas tuduh SUA PBB tutup kejahatan Israel

HARAKAHDAILY | .

GERAKAN perjuangan Islam Palestin, Ḥarakat al-Muqāwamah al-ʾIslāmiyyah (Hamas) menuduh Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon sengaja menutup dan hanya diam atas semua kejahatan perang yang dilakukan Israel terhadap Palestin, PIC melaporkan.

Dalam siaran akhbar pada Ahad lalu, juru bicara Hamas Sami Abu Zuhri meminta Ban Ki-moon untuk menghormati undang-undang antarabangsa dan melaksanakan tanggung jawabnya serta mengambil langkah-langkah menghentikan aksi keganasan Israel terhadap Palestin.

Abu Zuhri menegaskan bahawa kegigihan Israel dalam melakukan jenayah terhadap rakyat Palestin hanya akan mendorong rakyat Palestin meneruskan aksi intifadhah mereka sebagai bentuk pembelaan diri.

Jurubicara itu kesal pembunuhan terhadap seorang gadis muda Palestin oleh penduduk Yahudi serta tentera di pos pemeriksaan Hawara, sebelah tenggara Nablus, dan menyifatkan ia sebagai jenayah perang yang serius.

Gadis berusia 16 tahun Ashraqat Katnai meninggal pada hari Ahad pagi lepas apabila bekas ketua dewan penempatan Israel Gerson Mesika melanggar Katnai dengan keretanya di dekat pos pemeriksaan Hawara sebelum tentera Israel ikut menembak gadis tersebut. [Islampos]

Share on Myspace