PAN mahu bertanding, PAS Selangor pertahan kerusi PR

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: PAS Selangor menyatakan kesediaan mengerahkan 85,000 jentera pilihan rayanya untuk mempertahankan kerusi PAS serta PKR dalam pilihan raya umum akan datang.

"PAS bertahaluf dengan PKR, maka jentera PAS dan jentera PKR akan bekerjasama dalam pilihan raya nanti," tegas Setiausaha PAS negeri, Mohd Khairuddin Othman dalam satu kenyataan.

Beliau menyatakan demikian susulan kenyataan Pengerusi PAN Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Abdullah menerusi media sosial semalam tentang pengisytiharan Timbalan Pengerusi PAN Selangor, Shaari Shuib bahawa parti itu akan bertanding di kerusi Parlimen Gombak yang diwakili Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.

Menurutnya, Menteri Besar Selangor itu telah beberapa kali mengulangi pendirian bahawa Selangor adalah negeri Pakatan Rakyat.

Dengan itu, kata beliau Pakatan Harapan tidak wujud di Selangor. - HARAKAHDAILY 24/11/2015

Share on Myspace