Tuduh kafir mengkafir 80-an, PAN pula timbul isu takfir

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Pada tahun 1980-an isu kafir mengkafir dituduh oleh pemimpin Umno kepada PAS.

"Sedangkan apa yang berlaku ialah ulama PAS hanya menceritakan batas-batas iman dan kufur," ujar Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad.

Terbaru, katanya timbul pula isu takfir oleh pemimpin parti PAN.

Justeru, beliau mengharapkan penyokong PAS terus bergerak ke hadapan.

"Banyak lagi kerja kita, sedangkan masa begitu singkat," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang menerusi laman facebook.

Dalam tulisan yang lain, beliau berkata biarlah apa orang hendak kata dan cerca, PAS bertindak berdasarkan hujah al-Quran, Hadis, Ijmak, Qias.

"Kadang-kadang orang tengok pelik, tetapi itulah PAS.

"Bukan perkara baru, kerana PAS sudah 64 tahun meniti liku perjuangan di negara ini," ujarnya lagi.

Menurutnya, ketika PAS dianggap dagang kerana berbicara tentang sistem Islam, PAS tetap menonggah arus dan yakin dengan perubahan bersama Islam. - HARAKAHDAILY 25/11/2015

Share on Myspace