Warga Palestin bela Al-Quds perjuangan mulia - Erdogan

HARAKAHDAILY | .

Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan berkata, orang-orang Palestin sedang melakukan perjuangan mulia dalam membela Masjid al-Aqsa dan tempat-tempat suci di Palestin.

Hal tersebut disampaikan Erdogan dalam pidato pertemuan para menteri ekonomi di bawah payung OIC, semalam.

Beliau menolak sekatan yang dikenakan terhadap Jalur Gaza.

Erdogan berkata Jalur Gaza telah berubah menjadi penjara terbuka yang diakibatkan oleh sekatan yang terus berlangsung.

"Keadaan ini tidak boleh berterusan," ujarnya seperti dilaporkan oleh Pusat Maklumat Palestin.

Sejak awal Oktober 2015, di wilayah Palestin terjadi gerakan intifadhah rakyat yang terus meningkat. Sudah 97 warga Palestin gugur dan beribu-ribu lagi cedera.

Sementara itu, Jalur Gaza masih mengalami sekatan ketat, gerbang Rafah yang merupakan satu-satunya pintu ke dunia luar ditutup keseluruhan kecuali untuk beberapa kes kemanusian. Bahkan selama tiga bulan terakhir ditutup sepenuhnya tanpa kecuali. [Islampos]

Share on Myspace