Sultan Perak kurnia Datuk Seri kepada Dr Burhanuddin

MUHAMMAD FAIZAL | .

KUALA LUMPUR: Badan Perhubungan PAS Perak menyanjung tinggi atas pengurniaan Darjah Seri Paduka Sei Paduka Mahkota Perak (S.P.M.P) kepada Almarhum Dr Burhanuddin Bin Muhammad Nur al-Helmi oleh Sultan Perak, Sultan Dr Nazrin Muizzuddin Shah Ibnu Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah.

Ketua Penerangan PAS Perak, Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata, Pengurniaan darjah oleh baginda Sultan menunjukkan kasih hormat baginda terhadap anak watan negeri Perak yang bukan sahaja menabur bakti kepada negeri tetapi juga kepada negara.

"Pengurniaan darjah S.P.M.P. kepada Dr Burhanuddin al-Helmi yang membawa gelaran Datuk Seri merupakan satu pengiktirafan besar kepada pejuang-pejuang kemerdekaan dari kalangan ulama yang merupakan tulang belakang utama kepada gerakan menentang penjajah.

"Dr Burhanuddin al-Helmi selayaknya mendapat pengiktirafan tersebut sebagai seorang negarawan unggul walaupun beliau kemudiannya berperanan memimpin parti pembangkang, iaitu PAS selepas negara mencapai kemerdekaan," katanya.

Dr. Burhanuddin dilahirkan pada tahun 1911, di Kota Bharu, Gopeng, Perak dan meninggal pada 25 Oktober 1969, di Taiping. Almarhum ialah Yang Dipertua Agung Parti Islam Se-Malaysia (PAS) (sekarang digelar presiden) dari tahun 1956–1969. – HARAKAHDAILY 27/11/2015

Share on Myspace