Tembak Sukhoi: Polis Rusia tahan ahli perniagaan Turki

HARAKAHDAILY | .

Polis Rusia pada Rabu (25 November) menangkap dan menahan sekurang-kurangnya 26 ahli perniagaan Turki yang menghadiri Pameran Antarabangsa Partanian YugAgro di Krasnodar - bandar di tepi Laut Hitam.

Anadolu Ajansı melaporkan polis berpakaian seragam mendatangi pavilion tempat pengusaha Turki menginap dan membawa seluruhnya ke pejabat untuk pemeriksaan pasport.

Mereka berada di pejabat polis hingga Khamis (26 November) dan muncul di mahkamah.

Kepolisian Rusia akan menahan mereka sampai sepuluh hari ke depan sebelum dihantar pulang.

Insiden berlaku dua hari selepas Turki menembak jatuh Sukhoi Su-24 Rusia di sempadan Syria.

Insiden itu memburukkan hubungan kedua-dua negara dan memberi kesan kepada penangkapan warga Turki yang berada di Rusia.

Kedutaan Turki di Moscow meminta warga Turki di Rusia untuk selalu membawa pasport dan dokumen lain ketika keluar hotel.

Warga Turki yang hendak ke Moscow juga diminta mematuhi semua peraturan imigresen  termasuk mengisi dokumen perjalanan. (Eramuslim.com}

Share on Myspace