Tembak jet: Turki tidak akan minta maaf kepada Rusia

HARAKAHDAILY | .

Menteri Luar Negeri Turki Mevlut Cavusoglu mengatakan pada Khamis (26 November) bahawa Ankara tidak akan meminta maaf kepada Moscow atas jatuhnya sebuah pesawat pejuang Rusia di sempadan Syria, sebagaimana dilapor oleh World Bulletin.

Presiden Rusia Vladimir Putin berkata sebelum ini bahawa negaranya belum menerima permintaan maaf dari pemimpin Turki.

"Kami tidak perlu meminta maaf, pada kesempatan itu kita benar," kata Cavusoglu.

Turki tidak akan meminta maaf atas penembakan jatuh jet pejuang Rusia yang menceroboh wilayah udara Turki berdekatan sempadan Syria, Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan mengatakan dalam sebuah wawancara eksklusif dengan CNN, Khamis (26/11), di Ankara.

"Saya fikir jika ada pihak yang perlu meminta maaf, itu bukan kami," kata Erdogan.

"Mereka yang melanggar wilayah udara kami adalah yang perlu meminta maaf. Juruterbang kami dan angkatan bersenjata kami, mereka hanya menjalankan tugas-tugas mereka, yang di antaranya termasuk menanggapi pelanggaran terhadap aturan penglibatan. Saya rasa ini adalah asasnya."

Dalam pertemuan dengan para pemimpin masyarakat di Ankara, Erdogan berkata, "Jika pelanggaran yang sama terjadi saat ini, Turki harus bertindak balas dengan cara yang sama," lapor CNN.

Turki telah berulang kali mengatakan bahawa pihaknya telah menembak jatuh pesawat perang Rusia pada Selasa hanya selepas pesawat itu mengabaikan beberapa amaran dan memasuki ruang udara Turki. (Eramuslim.com)

Share on Myspace