Malaysia dalam radar musuh

NIK MOHAMAD ABDUH NIK ABDUL AZIZ | .

Rancangan musuh Islam sedunia.

Kita tekuni dan nampak di Palestin, Syria, Mesir bahkan di Arab Saudi dan Turki.

Malang, kita tak nampak rancangan mereka ke atas negara kita sendiri. Bahkan kita berkata, takkanlah Malaysia pun mereka nak rancang.

Tahukah, jawaban di atas itu pun adalah jawaban yang dirancang oleh mereka. Mereka mahukan kita lalai dan lali pada saat mereka merancang ke atas kita.

Umat Islam dirancang untuk dijauhkan daripada agama mereka. Islam pada nama. Islam pada ibadah. Tetapi bukan Islam pada syariahnya. Bukan Islam pada kehidupannya.

Biar kaya harta, asal bukan kaya agama. Bahkan miskinkan mereka, agar politik mereka lemah.

Sedarkah Umno? Mereka sedang memegang amanah politik umat. Tetapi mereka alpa..

Ekonomi umat lumpuh, sosial lumpuh, teknologi lumpuh dan segalanya lumpuh. Sekarang musuh dunia menuju ketuanan politik umat. Dan Umno masih melaung. Melayu, Melayu, Melayu. - HARAKAHDAILY 29/11/2015

Share on Myspace