Pelawak Yus Jambu meninggal dunia

BERNAMA | .

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pelawak terkenal Yussry Eddo atau lebih dikenali dengan panggilan Yus Jambu meninggal dunia pada kira-kira 1 pagi tadi di Hospital Selayang dipercayai akibat serangan jantung.

Allahyarham, 39, dikejarkan ke hospital berkenaan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah di Selayang sebelum mengadu sesak nafas.

Beliau sebelum itu, mengadakan persembahan program Raja Band di Dataran Merdeka, malam tadi.

Presiden Persatuan Seniman Malaysia Rozaidi Abdul Jamil atau Zed Zaidi ketika dihubungi Bernama hari ini mengesahkan perkara berkenaan.

"Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di kampung halamannya di Tanah Perkuburan Kampung Nesam, Batu Pahat, Kangar Perlis, hari ini," katanya.

Yus Jambu memulakan kerjaya seni dengan menyertai Sinaran Pasport Kegemilangan pada tahun 2001 sebelum mula menempah nama dalam bidang komedi tanah air apabila diumumkan juara program Raja Lawak musim pertama pada tahun 2007. - Bernama

Share on Myspace