Tahanan anak Palestin alami kekerasan di penjara Israel

HARAKAHDAILY | .

SEJUMLAH anak-anak Palestin mengalami tindakan kekerasan oleh pihak Israel di penjara Jerusalem. Laporan ini dikemukakan oleh Persatuan Tahanan Palestin (PPS), hari ini.

"Sejumlah anak-anak ditangkap dan dikurung di sel pengasingan tanpa mengalami mahkamah terlebih dahulu. Para tahanan juga dihalang untuk bertemu dengan peguam mereka," tambah Perisikan (Shin Beit).

Sebahagian besar anak-anak ditangkap kerana dituduh melemparkan batu, bom molotov dan mercun ke arah pasukan serta peneroka Israel.

PPS menegaskan, anak-anak itu mengalami paksaan dan tekanan agar mengakui kesalahan yang tidak mereka lakukan.

Sejak awal Oktober 2015, pasukan Israel menculik seramai 800 anak-anak Palestin di pelbagai kawasan Tebing Barat dan Jerusalem.

Dilaporkan dalam Palestine Information Centre (PIC), ketika ini sekurang-kurangnya 400 kanak-kanak Palestin masih berada di dalam sel penjara Israel. [Islampos]

Share on Myspace