Perangkap laju: Keselamatan atau tambah pendapatan?

USTAZ IDRIS AHMAD | .

B62 020100 Pengurusan polis
Peruntukan tahun 2015 RM3,399,150,000
Peruntukan tahun 2016 RM3,192,501,000

Perangkap laju

Apakah piawai  perangkap laju polis yang diletak sesuatu tempat?

Hendak jaga keselamatan atau hendak mendapat pendapatan kerana tempat yang dipasang oleh pihak polis dengan had kelajuan 60 km sejam.

Saya sebut mana ada kereta yang naik 60 kmj, kereta lembu pun 63 kmj.

Contoh tempat saya Selepas lampu isyarat Pekan Bukit Gantang dan selepas lampu isyarat Pekan Simpang 4.

Saya mengatakan sebab itu kemalangan berlaku di negara kita tidak dapat dikurangkan, kerana perangkap laju dipasang bukan kerana keselamatan tetapi kerana pendapatan.

Report kemalangan

Sepatutnya report kemalangan boleh dilapor dekat dengan tempat kemalangan, bukan di tempat yang jauh dan menyukarkan pihak yang terlibat.

Bukankah zaman hari ini zaman IT?

Saya sebut pengalaman saya, apabila berlaku dekat Teluk Intan, tetapi kena report di Balai Polis Seri Iskandar, kerana tempat kemalangan masuk di bawah balai polis Bandar Seri Iskandar sedangkan balai polis Teluk Intan begitu dekat.

Sepatutnya zaman IT, di mana sahaja boleh report.

Begitu juga lambat pula hendak dapat report kadang-kadang memakan masa 1 bulan. Ini menyukarkan pihak yang terlibat untuk urusan insurans.

Sekatan jalan raya

Di Malaysia ini pelik. Apabila buat sekatan jalan raya, jalan sesak daripada 3 lorong jadi 1 lorong.

Pengalaman saya apabila sekatan  jalan raya buat selepas tol Jalan Duta menjadi sesak walau pun waktu malam. Kenapa tidak memudahkan orang ramai?

Akhirnya polis dimarah oleh orang ramai, kerana kesesakan akibat sekatan jalan raya.

B62 020400 Risikan Keselamatan
2015 RM440, 580,000   
2016  RM492,358,000

Bagus dan baik kerana mendapat peruntukan lebih pada tahun 2016. Sesuai dengan keselamatan negara semakin terancam.

Saya harapkan SB tumpukan kepada kegiatan kongsi gelap, pengganas, perompak.

Saya melahirkan rasa sedih ada SB yang datang dalam program tertutup parti. Ertinya polis sudah hilang fokus sepatutnya tumpu pada jenayah.

B62 080100 Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela)
2015 RM109,056,000
2016 RM 112, 891,000

Oleh kerana kehidupan masyarakat semakin mencabar. Kadar jenayah semakin meningkat sudah pasti skill Rela dan kebajikan mesti ditingkat.

Saya minta supaya Pengkalan Rela diadakan di kawasan BKT Gantang. Baru-baru ini anggota Rela Bukit Gantang datang berjumpa saya untuk memohon pangkalan Rela. Saya harapkan Menteri tolong ambil perhatian dan tindakan. - HARAKAHDAILY 1/12/2015

Petikan ucapan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Ustaz Idris Ahmad semasa membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Kementerian Dalam Negeri di Dewan Rakyat pada 1 Disember 2015.

Share on Myspace