Zionis Israel bingung cara hentikan intifadhah Palestin

HARAKAHDAILY | .

Penganalisis dan pakar urusan Israel, Antoine Shalhat, mendedahkan adanya kekeliruan kerajaan Yahudi tentang bagaimana cara untuk menghentikan gerakan intifadhah jilid III Palestin.

Dalam wawancaranya dengan wartawan Anatolia pada akhir minggu kelmarin, Antoine Shalhat berkata, kekeliruan ini berlaku lantaran perbezaan pendapat antara tahap politik dan keselamatan di Israel, tentang bagaiman cara berkesan untuk menghentikan usaha intifadhah.

"Beberapa waktu yang lalu Knesset Zionis Israel telah menolak cadangan Angkatan Darat, mengenai kemudahaan bagi Palestin jika seandainya Pihak Berkuasa Abbas berjaya menghentikan gerakan Intifadah di Tebing Barat.

"Tidak hanya sampai di sana, tentera Zionis Israel juga mencadangkan penyediaan kenderaan lapis baja, serangan senapang dan peluru bagi institusi keselamatan Palestin, serta peningkatan jumlah pekerja Palestin di wilayah Zionis Israel jika berjaya menghentikan gerakan perlawanan yang pecah sejak awal Oktober lalu," ujar Antoine Shalhat.

Gerakan Intifadhah jilid III meletus sebagai bentuk pembelaan Muslim Palestin atas penodaan dan pemusnahan Masjid Al-Aqsa yang dilakukan warga Yahudi dalam setengah tahun terakhir. (Eramuslim)

Share on Myspace