Pasukan Israel culik tiga aktivis Hamas

HARAKAHDAILY | .

Pasukan Israel menculik tiga aktivis Hamas, selepas mereka menyerang keluarga pejuang Palestin itu di wilayah Jenin, semalam.

"Sebanyak 20 kereta JIP tentera Israel datang dan menyerbu bandar Jenin dari arah Yabad. Mereka menyerang rumah keluarga salah satu pemimpin Hamas, Adnan Hamarsha," ujar saksi mata pada wartawan PIC.

Hamarsha, 50, terpaksa menggunakan kerusi roda akibat menderita strok, selepas keluar dari penjara Israel beberapa bulan lalu.

Menurut saksi tersebut, pasukan Israel menculik aktivis Alaa yang merupakan saudara aktivis Adnan.

Selain itu mereka menyerbu bandar Jenin dari arah Yamon dan menangkap seorang aktivis mahasiswa, Uweis Nawahda. Mereka juga menyerang sejumlah kerabat dan keluarga Uweis. [Islampos]

Share on Myspace