PAS anjur pendekatan aman, keganasan susahkan rakyat

AHMAD AMZAD HASHIM | .

SEINGAT saya malah ketika siri BERSIH (kecuali BERSIH 4.0), PASlah yang berperanan penting memastikan perhimpunan tidak menjadi ganas. Unit Amal PAS yang menyekat tindakan kumpulan yang mahu bawa aliran merusuh.

Ketika ahli Parlimen pembangkang berkumpul duduk bersila di parking Parlimen berbincang untuk turunkan Najib dengan disertai aktivis NGO, Hishamudin Rais dikatakan mencadangkan buat perhimpunan untuk kepung parlimen.

Semua kenal Hishamuddin bawa aliran radikal. Kita tahu dia kawan baik Mat Sabu.

Tidak semena-mena suatu ketika, kita terlibat dengan sikap berlembut dengan tokoh komunis Chin Peng yang ada pihak desak dibenarkan kembali ke Malaysia, tambah lagi apabila Mat Sabu pula mulakan kontroversi Mat Indera.

Untuk seorang yang diketahui kagum dengan revolusi ala Iran, malah sampai kini ada saja lawatannya ke sana berbanding mengunjungi tokoh-tokoh ulama sunni, Mat Sabu sendiri kaki membakar perasaan rakyat ke jalan raya.

Tiba tiba Mat Sabu mahu menuduh PAS bawa aliran ganas?

Bukankah baru sahaja PAS terus memilih pendekatan matang, cermat dan bertanggungjawab dalam membawa isu rakyat dengan gabungan lebih 200 NGO melalui penganjuran Kongres Rakyat yang begitu besar sambutannya dan ertinya?

Bukan PAS yang pusing satu negara ajak rakyat ke jalan raya BERSIH 4.0 yang gagal apabila hanya lebarkan jurang antara kaum dan ia bertukar menjadi himpunan 93% kaum Cina semata.

Yang menaikkan suhu antara kaum apabila ada yang begitu terpengaruh dengan propaganda tertentu hingga membuat acara memijak gambar pemimpin utama dari umat Islam iaitu Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Datuk Seri Najib, Presiden Umno yang perlu diakui PAS dan Umno masing-masing adalah parti yang paling besar pengaruh dalam kalangan orang Melayu.

PAS beratus kali menegaskan tiada kerjasama politik dengan Umno. PAS konsisten menentang Umno di dalam pilihan raya.

Apa reaksi DS TGHH orang pijak gambarnya? Beliau tenangkan ahli PAS. Jangan jadi ganas. "Biarlah, mereka tak tahu.."

Hari ini pun, jika berlaku sebarang kezaliman hatta kepada kaum lain, Cina atau India, saya sangat pasti, PAS lah antara yang akan mula-mula tampil menjadi benteng melindungi.

Keganasan di Paris, Perancis yang dilakukan oleh ISIS, PAS lah yang mula-mula mengecam. DS TGHH yang lebih dahulu menziarahi Kedutaan Perancis menyatakan dukacita dan Takziah.

Parti Mat Sabu hanya tiba selepas itu..

Betullah pendirian DS TGHH. PAS mahu bina negara yang sejahtera untuk rakyat. Jangan ambil pendekatan yang susahkan rakyat. – HARAKAHDAILY 2/12/2015

Penulis ialah Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat

Share on Myspace