4,000 orang awam terbunuh serangan Amerika, Rusia

HARAKAHDAILY | .

LEBIH daripada 4,000 orang awam terbunuh tahun ini dalam serangan yang dilakukan oleh pakatan Amerika Syarikat dan Rusia.

Pusat Gencatan Senjata Hak Sivil dan Kumpulan Hak Minoriti Antarabangsa, semalam menyatakan bahawa lebih daripada 2,800 orang awam terbunuh di Iraq oleh serangan udara yang dilakukan oleh tentera Iraq dan gabungan anti-ISIS AS.

1,200 orang awam terbunuh di Syria dalam serangan udara yang dilakukan oleh Rusia dan rejim Presiden Syria Bashar al-Assad.

Kedua-dua kumpulan juga mencatatkan bahawa kawasan-kawasan awam di kedua-dua negara telah sering menjadi sasaran "tong bom".

Bom tong dikemas dengan pecahan peluru dan bahan letupan. Biasanya diterjunkan dari helikopter tentera. Peluru ini diyakini telah mengorbankan ribuan orang di Syria sejak konflik bermula pada awal tahun 2011.

Balai Cerap Syria yang berpusat di Inggeris menyatakan, serangan udara Rusia di Syria telah mengorbankan lebih daripada 1,500 orang, sejak mereka pertama kali bermula pada 30 September. [Islampos]

Share on Myspace