Rusia lengkapkan jet tempur dengan peluru berpandu

HARAKAHDAILY | .

Kementerian Pertahanan Rusia pada Isnin (30 Nov 2015), mengumumkan akan melengkapkan setiap pesawat pejuang mereka yang turut menjalankan operasi ketenteraan di Syria dengan peluru berpandu udara ke udara, lapor laman web Eramuslim.

Seperti dikutip akhbar Rusia Today dari keterangan komander angkatan udara dan luar angkasa Rusia di Syria, Kolonel Igor Klimov, mengatakan, "mulai hari ini jet pejuang Sukhoi 34 yang ikut operasi ketenteraan di Syria akan dilengkapi dengan peluru berpandu udara ke udara jarak dekat dan sederhana".

"Dasar ini di ambil Kementerian Pertahanan Rusia untuk melindungi pesawat mereka dari musuh," katanya merujuk pada menembak pesawat Sukhoi 24 oleh jet pejuang Turki di sempadan Syria pada 24 November lalu.

Menurut maklumat yang diperolehi Rusia Today, peluru berpandu jarak dekat dan sederhana yang dipasang di pesawat pejuang Sukhoi mempunyai ketepatan tinggi dan mampu mengenai sasaran sejauh 60 kilometer.

Selain menambah persenjataan berat ke wilayah Syria dalam seminggu terakhir, kerajaan Moscow dilaporkan telah menghantar sistem pertahan peluru berpandu S-400 untuk melindungi pangkalan tentera Rusia di Latikia.

Share on Myspace