UG dan ISIS: Insya Allah PAS masih waras

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: "UG dan ISIS seperti siang dan malam, ertinya tidak boleh bersekali dalam apa keadaan sekali pun," kata Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad.

Menurut beliau, UG boleh duduk semeja berbincang dengan kerajaan.

Tambahnya, manakala ISIS kumpulan yang tidak ada demokrasi, perundingan dan perbincangan.

Ahli Parlimen Bukit Gantang itu berkata, tindakan mereka kejam tanpa mengikut ajaran Islam.

"Tiba-tiba PAS dituduh UG dan ISIS. Mana satu yang betul. Insya Allah, PAS masih waras," ujarnya menerusi laman facebook.

Justeru, Beliau menjelaksan bahawa kekuatan PAS bukan bergantung kepada pimpinan sahaja.

"Tetapi PAS gagah kerana dasar Islam yang menjadi teras perjuangan," ujarnya.

Oleh sebab itu, tegas beliau bergolak macam mana di dalam PAS, parti tetap utuh.

"Ahlinya ditarbiah bukan taksub kepada batang tubuh seorang pemimpin, tetapi kepada PAS, selagi parti masih berpegang dengan dasar Islam," jelas beliau. - HARAKAHDAILY 3/12/2014

Share on Myspace