Nato hantar bantuan ketenteraan ke Turki

HARAKAHDAILY | .

Lembaga Luar Negara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato), semalam sepakat menghantar pesawat, kapal perang dan sistem pertahanan peluru berpandu ke wilayah Turki, untuk melindungi negara anggotanya yang kini sedang bertelagah dengan Rusia.

Keputusan ini dibuat Nato dalam pertemuan rutin yang digelar di ibu negara Belgium, Brussels, menanggapi semakin meruncingnya konflik antara Turki dan Rusia pasca penembakan Sukhoi 24 pada 24 November lalu, lapor laman web Eramuslim.

Dalam mesyuarat tersebut, Inggeris memutuskan untuk menghantar pesawat pejuang ke Turki, Sepanyol menghantar sistem peluru berpandu Patriot, sedangkan Jerman dan Denmark menghantar kapal operasi taktikal ke Laut Mediterranean, serta sebuah pesawat radar "AWACS".

Dalam ucapannya, Setiausaha Agung Nato Jens Stoltenberg mengatakan bahawa organisasi beliau menunggu komitmen serupa dari negara sekutu lain untuk segera menghantar bantuan ketenteraan ke Turki.

Nato sendiri adalah organisasi antarabangsa untuk keselamatan bersama yang ditubuhkan pada tahun 1949, sebagai bentuk sokongan terhadap Perjanjian Atlantik Utara yang ditandatangani di Washington DC pada 4 April 1949.

Share on Myspace