Turki bina semula masjid Gaza dimusnah Israel

HARAKAHDAILY | .

DIREKTORAT Jabatan Agama Turki, Rabu lalu mengumumkan bahawa mereka akan membina kembali sembilan masjid yang musnah akibat serangan tentera Israel tahun lalu di Jalur Gaza yang disekat.

Wakil kepala direktorat, Hasan Kamil Yilmaz berkata kepada Anadolu Agency bahawa jumlah keseluruhan kos projek sebanyak 4.5 juta dolar dan sudah 1.2 juta dolar yang sudah dicairkan.

Yilmaz juga melawat Rumah Sakit Persahabatan Turki-Palestin yang dibina oleh kerajaan Turki lebih daripada dua tahun lalu dengan kos berjumlah 34 juta dolar selama kunjungannya ke Gaza.

Yilmaz yang menjadi ketua delegasi pegawai direktorat, tiba di Jalur Gaza Rabu pagi lalu melalui sempadan utara Erez untuk lawatan dua harinya ke daerah Palestin yang disekat.

Menurut Kementerian Wakaf Agama Palestin, 64 masjid dimusnahkan selama serangan tentera Israel tahun lalu manakala 150 yang lain rosak sebahagian. [Islampos]

Share on Myspace