PAS kekal dalam kerajaan Selangor demi rakyat

BASIRON WAHAB | .

MARAN: Naib Presiden PAS, Datuk Islandar Samad berkata PAS menafikan kononya PAS sudah disingkirkan daripada kerajaan Selangor sebaliknya masih kekal berada di dalam kerajaan di Selangor.  
 
Katanya pada masa sama PAS tiada hubungan politik  dengan DAP atau PAN disudut parti tapi ada dalam hubungan pentadbiran kerajaan negeri.

Menurutnya ketiga-tiga iaitu PAS, DAP dan Keadilan kena memberikan yang terbaik kepada rakyat.
 
Jelasnya beliau, ada 5,000 jawatan dalam pentadbiran kerajaan Selangor dipegang oleh ahli PAS bermula daripada Exco hinggalah kepada Jawatan Kuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK).
 
Menurutnya, peranan PAS dalam pentadbiran negeri dapat dilihat apabila gaji guru Kafa dinaikkan daripada RM1300 kepada RM 1500  sebulan.
 
“Di Selangor juga PAS berperanan di masjid dan surau serta banyak lagi agenda Islam yang boleh dibuat oleh PAS untuk kepentingan rakyat.
 
“Itu antara sebab PAS masih kekal didalam kerajaan negeri Selangor walaupun berbagai provokasi dibuat oleh pihak tertentu,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Khidmat banjir bagi parlimen Maran.
 
Baru-baru ini heboh di media sosial kononya Exco PAS disingkir dari pentadbran kerajaan Selangor dan diganti dengan anggota PAN mengambil alih jawatan exco.
 
PAS mempunyai Tiga orang Exco di negeri Selangor dan seorang Timbalan Speker. Sebelum pertukaran menteri besar berlaku PAS mempunyai empat anggota Exco di bawah pentadbrian bekas menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim. – HARAKAHDAILY 4/12/2015

Share on Myspace