Tuduh PAS terlibat IS, mungkin terlebih makan ubat

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: "Kalau PAS terlibat dengan IS, tidak sempat doa iftitah habis, maka PAS akan diharamkan oleh kerajaan," kata Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad.

Menurutnya, pihak keselamatan Malaysia antara yang terbaik di dunia, mustahil mereka tidak tahu pergerakan PAS.

"Tuduhan ini mungkin terlebih makan ubat," ujarnya menerusi laman facebook.

Justeru, kata kata Ahli Parlimen Bukit Gantang itu, beruntunglah mereka yang pernah terlibat di dalam membangunkan PAS.

Beliau berkata, jasa mereka akan dikenang sampai bila-bila masa.

"Biarlah kita tergolong di kalangan orang yang merintis membangun PAS sama ada di kampung, kawasan, negeri kita. Jangan pula jadi orang yang sebaliknya," ujarnya. - HARAKAHDAILY 5/12/2015

Share on Myspace