Tambang naik: Kerajaan kepung rakyat dari bergerak

HARAKAHDAILY | .

Harga petrol yang tinggi dan keadaan kesesakan luar biasa sungguh merimaskan rakyat dari segi masa dan kos petrol dan tol.

Pada Mei 2015 kerajaan membenarkan kenaikan tambang bas sehingga 22% dan kenaikan tambang teksi sehingga 49%. Alternatif pengangkutan didera lagi oleh kerajaan BN.

Pada 15 Oktober 2015 kerajaan membenarkan 18 syarikat konsesi lebuh raya mengenakan kenaikan kadar tol di laluan Lembah Klang, KL-Karak dan lingkaran luar Butterworth.

Kadar kenaikan tol sehingga 80% sungguh membebankan rakyat.

Dijangka mulai tahun 2016 kerajaan membenarkan kenaikan tol antara bandar (PLUS). Kerajaan BN sungguh tiada rasa simpati terhadap kesusahan dan keperitan rakyat terutama golongan B40.

Untuk mengelak kesesakan, harga tol yang tinggi, harga petrol yang tinggi, tambang bas dan teksi yang tinggi dan juga caj parking sehingga RM46 sehari di KLIA.

Rakyat memilih pengangkutan LRT, ERL, Komuter dan monorel sebagai alternatif.

Tetapi kerajaan BN yang tiada hati perut terus mengepung rakyat dengan menaikkan kadar tambang LRT sehingga 102% pada 2 Disember lepas, menaikkan tambang ERL sehingga 55% berkuatkuasa 1 Januari 2016.

Pendapatan RM5,000 sebulan masih merana di bandaraya KL. Bagaimanalah nasib mereka yang bergaji minimum RM1,200

Untuk pemimpin Umno BN hayatilah sedikit kesusahan rakyat yang terkepung dan perit dalam negara sendiri.

Untuk rakyat, jangan melupai kezaliman kerajaan BN. Hukum mereka pada PRU14. - HARAKAHDAILY 5/12/2015

DR IZANI HUSIN
Ahli Parlimen Pengkalan Chepa

Share on Myspace