PAS rakam takziah kemangkatan Tunku Abdul Jalil

HARAKAHDAILY | .

Ucapan Takziah Presiden PAS Atas Kemangkatan Tunku Laksamana Johor, YAM Tunku Abdul Jalil Ibni Sultan Ibrahim

Patik sekalian daripada PAS, merakamkan ucapan takziah kepada Baginda Sultan Johor,  Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan seluruh warga Negeri Johor atas kemangkatan Tunku Laksamana Johor,  Tunku Abdul Jalil Ibni Sultan Ibrahim malam tadi.

"Katakanlah: Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan." (QS. Al Jumu'ah: 8)

Semoga Almarhum diberikan keampunan oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.

Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
06 Disember 2015 / 24 Safar 1437H - HARAKAHDAILY 6/12/2015

Share on Myspace