Hamas minta Mesir lanjut masa buka sempadan Rafah

HARAKAHDAILY | .

HAMAS (Ḥarakat al-Muqāwamah al-ʾIslāmiyyah) meminta kepada pemerintah Mesir melalui siaran akhbar pada hari Sabtu (5 Dis), untuk melanjutkan masa pembukaan sempadan Rafah, agar membolehkan ribuan warga Palestin yang terperangkap di wilayah Mesir untuk melintas ke wilayah Gaza.

Sementara itu, Hamas menghargai keputusan kerajaan Mesir yang membuka sempadan Rafah selama dua hari, pada hari Khamis dan Jumaat lalu. Sehingga membolehkan para warga yang terperangkap di kedua-dua wilayah dapat kembali ke kawasan masing-masing.

Ini menunjukkan, jika kerajaan Kaherah telah memberitahu Hamas dan gerakan-gerakan lain untuk menjaga persimpangan, kerana keadaan ini bergantung pada situasi keamananan di Sinai. Namun Hamas berharap, agar Mesir dapat memudahkan lebih para warga Palestin yang berada di wilayah Mesir.

Dilaporkan dalam PIC, sebelumnya sempadan Rafah ini ditutup selama 318 hari oleh Kerajaan Mesir sepanjang tahun 2015 ini termasuk ditutup selama 105 hari berturut-turut. Selama 11 bulan terakhir, hanya 19 kali dibuka oleh kerajaan itu. [Islampos]

Ḥarakat al-Muqāwamah al-ʾIslāmiyyah Islamic

Share on Myspace