Ramai abnaul harakah masih istiqamah bersama PAS

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad melahirkan kesyukuran kerana masih ramai dalam kalangan alumni institusi pengajian tinggi awam (IPTA) terus istiqamah dengan PAS.

"Alhamdulillah, semalam saya sempat mengadakan dialog dengan alumuni salah sebuah IPTA," katanya menerusi laman facebook, semalam.

Menurutnya, apabila bertanya khabar, berapa ramai mereka yang tercicir daripada perjuangan PAS, mereka menjawab tidak sampai 10 daripada 700 orang.

"Jawapan mereka tidak sampai 10 orang daripada 700 orang. Ertinya ramai abnaul harakah yang ditarbiah masih istiqamah bersama PAS," ujar beliau lagi.

Justeru, dalam tulisan yang lain Ahli Parlimen Bukit Gantang itu mengingatkan pendukung PAS supaya tidak perlu resah dengan kritikan orang.

"Kita tidak perlu resah dengan kritikan orang yang tidak suka dengan kita atau pun mereka yang suka adu domba," ujarnya.

Ini, kata beliau kerana itu adalah hobi dan profesion mereka yang bekerja 24 jam sehari semalam.

"Biarlah mereka dengan kerja mereka, kerana itu adalah cara mereka hendak mendapat kebahagiaan di dunia ini," katanya. - HARAKAHDAILY 7/12/2015

Share on Myspace