Umat Islam wajib bantu Turki hadapi Rusia - Mufti Saudi

HARAKAHDAILY | .

Selepas fatwa wajib bagi umat Islam di dunia untuk menyokong ekonomi dan berdiri bersama Turki dalam kebenaran yang dikeluarkan oleh Persatuan Ulama Dunia pada 1 Disember lalu, giliran Mufti Besar Kerajaan Arab Saudi juga menyeru hal yang sama di jejaring sosial Twitter.

Seperti yang dilaporkan oleh Rassd dari kenyataan Sheikh Abdul Aziz bin Abdullah Al-Sheikh di saluran tv satelit Al Majdi pada Jumaat (4 Dis) mengatakan bahawa menyokong Turki menghadapi Rusia adalah sebuah kewajiban, atas dasar Turki adalah negara Muslim dan kehilangannya akan menyebabkan kerugian besar bagi umat Islam.

"Turki adalah sebuah negara Islam yang besar dan kehilangannya adalah sebuah kerugian bagi umat Islam. Maka wajib bagi umat Islam untuk membantu dengan segala cara dan berdiri bersamanya dalam kebenaran," kata Mufti Abdul Aziz bin Abdullah Al-Sheikh selanjutnya.

Perlu diketahui bahawa Turki adalah salah satu negara Muslim yang serius untuk menangani masalah pelarian Syria dan sekatan Jalur Gaza, Palestin, sebagai agenda penting mereka dalam kancah dunia antarabangsa. (Eramuslim)

Share on Myspace