Marah PAS: Kita pun kenal peribadi mereka

HARAKAHDAILY | .

 

KUALA LUMPUR: Manusia yang marah dengan PAS akan mencari apa alasan sahaja untuk marah kepada PAS, kata Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad.

"Marah lebih kepada emosi, bukan bersendikan syarak," ujarnya menerusi laman facebook.

Menurutnya, apa sahaja yang PAS buat semua tidak kena.

"Sebenarnya orang yang sama. Kita pun kenal peribadi mereka ini," katanya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Justeru, beliau mengingatkan pendukung parti supaya membiarkan golongan itu dengan kerja mereka.

"Biarkan mereka dengan kerja mereka. Kita dengan kerja kita," tambahnya lagi. - HARAKAHDAILY 8/12/2015

Share on Myspace