Akar umbi PAS akan tolak Umno

DATUK ISKANDAR A SAMAD | .

KENYATAAN Presiden Umno, Datuk Seri Najib Abdul Razak bahawa PAS bersedia untuk bekerjasama dengan Umno adalah satu mimpi di siang hari.

Beberapa perkembangan yang disebut beliau bukan satu petunjuk kepada sikap PAS yang sebenar.

Datuk Seri Najib patut sedar dari mimpi dan menyelesaikan masalah dalaman Umno terlebih dahulu.

Jangan digunakan PAS sebagai satu 'smokscreen' untuk menutup masalah Umno.

Seluruh dunia telah mendengar ucapan Tan Sri Muhyiddin Yaasin, Timbalan Presiden Umno, malam tadi. Ternyata Umno berhadapan dengan satu krisis dalaman yang serius seperti tahun 1998 dan tahun 1988.

Umno telah melakukan terlalu banyak 'dosa' terhadap PAS terutamanya kepada akar umbi PAS.

Ahli-ahli PAS atau keluarga mereka dinafikan pelbagai peruntukan atau bantuan yang sepatutnya diterima sebagai warganegara yang sah di negara ini.

Penjawat-penjawat awam yang condong kepada PAS diberi amaran, diugut atau dipindahkan. Gerai-gerai peniaga-peniaga yang menyokong PAS dirobohkan. Aktivis-aktivis PAS ditahan malah ada yang meninggal dunia akibat tahanan tersebut.

Kelantan dianaktiri sejak penubuhan kerajaan PAS yang pertama dalam tahun 1959.

Kerajaan PAS Terengganu telah dinafikan hak kepada royalti petroleum.

Umno akan sentiasa mencari PAS apabila tertekan. Tetapi terlalu banyak 'dosa' Umno terhadap PAS dan sudah tentu mustahil bagi akar umbi PAS untuk memaafkan Umno. - HARAKAHDAILY 8/12/2015

Penulis ialah Naib Presiden PAS juga Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor.

Share on Myspace