Turki keluar senjata laser hadapi ancaman musuh

HARAKAHDAILY | .

Angkatan Bersenjata Turki dikhabarkan sedang serius mengembangkan pembuatan senjata laser produk dalam negeri dalam rangka memperkuat sistem pertahanan daripada ancaman musuh, khususnya Rusia pasca menembak pesawat Sukhoi 24 pada akhir November lalu.

Seperti yang dilaporkan oleh akhbar Turki Post dalam pemberitaannya, semalam (7 Dis) mendedahkan bahawa senjata laser dengan kekuatan 20 kilowatt sedang dikerjakan bersama oleh syarikat Tubitak, Oslasan dan Universiti Bilkent University.

Projek pembangunan dan penyempurnaan ini akan diteruskan kerajaan Turki hingga tahun 2019 mendatang sehingga dapat digunakan sebagai sistem pertahanan baru angkatan bersenjata pada masa akan datang.

Menurut sumber orang dalam tubuh tentera mengatakan bahawa nantinya senjata ini akan dipasang di setiap kapal-kapal perang, sebagai perlindungan terluar dari ancaman serangan peluru berpandu musuh-musuh Turki.

Selain helikopter tempur T-129 ATAK yang menjadi produk kebanggaan dalam negeri, industri pertahanan Turki juga berjaya membuat peluru berpandu laser guided pertama buatan dalam negeri (Cirit dan Hydra) yang dituntut setara dengan peluru berpandu Hellfire buatan Amerika Syarikat. (Eramuslim)

Share on Myspace