Perbandingan kekuatan tentera Rusia dengan Turki

HARAKAHDAILY | .

Menembak pesawat Sukhoi 24 pada 24 November lalu menyebabkan hubungan antara kerajaan Turki dengan Rusia menjadi panas hingga mencetuskan tindakan provokasi 4 kapal perang Moscow pada akhir minggu kelmarin ketika menyeberangi Selat Bosporus menuju Syria.

Tidak hanya sampai di sana, Pertubuhan Perjanjian Utara (Nato) dalam sidang daruratnya mengenai Turki bahkan meminta sejumlah negara anggota untuk menghantar peralatan ketenteraan untuk menghadapi ancaman sabotaj dari tentera Rusia.

Apa dan bagaimana sebenarnya kekuatan tentera kedua-dua negara? Berikut carian yang dilakukan redaksi untuk anda:

Kedudukan Kekuatan Tentera Di Dunia

Dilaporkan dari laman web Global Fire Power menyatakan Rusia menduduki peringkat kedua kekuatan tentera di dunia selepas Amerika Syarikat, manakala Turki yang kini dipimpin oleh kumpulan Islamis berada di kedudukan 10 dunia.

Perbezaan penilaian antara kedua-dua negara.

Jumlah Pasukan

Rusia mempunyai lebih dari 760,000 pasukan aktif yang belum ditambah dengan tentera cadangan. Manakala Turki mempunyai kira-kira 410,000 pasukan aktif.

Kenderaan perisai

Mempunyai 15,398 kereta kebal dan 31.298 kereta perisai, kerajaan Turki harus benar-benar melaksanakan strategi jitu menghadapi tentera Rusia jika benar-benar ingin berperang dengan negeri pecahan Kesatuan Soviet tersebut.

Adapun jumlah kereta kebal yang dimiliki oleh Turki 3,778 dengan 7,550 kereta perisai pelbagai jenis.

Pesawat Tempur

Rusia mempunyai 2,074 pesawat pejuang pelbagai varian, termasuk Sukhoi 50 yang merupakan pesawat generasi terbaru Rusia untuk menandingi kehebatan Raptor 22 dan F-35 buatan Amerika Syarikat.

Sedangkan untuk helikopter tempur tentera Rusia mempunyai 462 helikopter yang siap tempur bila-bila masa perang dikumandangkan.

Jauh di bawah Rusia, Turki hanya mempunyai 446 pesawat pejuang yang kebanyakan adalah F-16 buatan Amerika Syarikat.

Sedangkan untuk helikopter tempur tentera Ankara hanya mempunyai 59 helikopter siap pakai.

Perlu diketahui bahawa Turki kini sedang menghasilkan massa helikopter tempur T-129 ATAK sebagai pertahanan udara di masa akan datang, yang merupakan produk buatan dalam negeri.

Laut

Dengan 352 kapal perang pelbagai varian yang dimilikinya, Rusia mempunyai jumlah armada laut 3 kali ganda lebih banyak berbanding Turki yang hanya 115 kapal perang pelbagai varian. (Eramuslim)

Share on Myspace