Saudi sedia beri biasiswa kepada 3,000 pelajar Syria

HARAKAHDAILY | .

KERAJAAN Saudi dikhabarkan telah memutuskan memperuntukkan 3,000 biasiswa bagi pelajar dari Syria.

Biasiswa akan diberikan kepada pelajar di pelbagai institusi akademik awam pendidikan tinggi di Saudi.

Jabatan Pendidikan Saudi (KLH) telah mengarahkan 23 universiti tempatan untuk menerima pelajar Syria untuk tahun akademik 2016/2017.

Sumber dari KLH berkata, biasiswa iti diberikan di bawah arahan Raja Salman.

Demikian juga jika ada keperluan tambahan bagi para pelajar, maka pihak Kerajaan Saudi akan memberi perhatian dengan memberi biasiswa tambahan.

Pejabat KLH juga mengatakan sikap murah hati dan kemanusiaan Raja Salman sesuai dengan ikatan persaudaraan Saudi dengan Syria yang dilanda perang. [Islampos]

Share on Myspace