PAU 2015: Melayu masih menjadi cagaran

USTAZ IDRIS AHMAD | .

Berkobar-kobar Datuk Seri Najib Razak berucap merasmikan Perhmpunan Agung Umno (PAU) 2015 di hadapan 2,654 perwakilan dari 191 bahagian Umno.

Terdapat nada sinis kepada Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yasin, Datuk Seri Shafie Apdal dan mantan Presiden Umno Tun Mahathir Mohamad.

Keputusan Mesyuarat Kerja Tertinggi Umno yang tidak membenarkan Timbalan Presiden merasmikan mesyuarat sayap-sayap Umno dan terbaru hanya membenarkan Presiden sahaja yang membuat penggulungan pada hari terakhir merupakan keputusan luar biasa. Semuanya almaklum.

Setiap tahun laugan hidup Melayu kedengaran supaya Umno terus dipercayai. Taktik menakutkan perwakilan dan pemerhati dengan andaian jika Umno kalah, seolah-olah Melayu juga akan kehilangan kuasa.

Sudah menjadi lumrah, Melayu akan dijadikan bahan cagaran untuk kekalkan kuasa. Ini hanya skrip yang diulang tayang setiap tahun.

Mereka tahu bahawa orang Melayu terpengaruh dengan emosi, sehingga tidak sedar siapa yang menyebabkan Melayu hilang taring dan kuasa politik dan ekonomi.

Sepatutnya amanah yang digalas oleh Umno sejak merdeka tidak kedengaran lagi Melayu terpinggir daripada semua sudut, walaupun ada perubahan. Tetapi tidak sepadan dengan waktu yang diamanahkan untuk Umno mentadbir.

Walaupun penubuhan agensi  yang bertujuan untuk mengangkat darjat Melayu masih tidak kesampaian. Walaupun adanya Fama, Felda, Felcra, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Tekun, semuanya mendapat dukungan kerajaan, namun natijahnya gagal kerana sikap tidak amanah dan dikendalikan oleh mereka yang bukan ahlinya.

Projek dianugerah bukan kerana merit, tetapi kerana parti.

Berapa banyak tanah orang-orang Melayu terlepas ke tangan orang lain, semuanya angkara tokoh-tokoh politik Umno yang rapat dengan pihak berkuasa.

Saya tidak perlulah ulang beberapa fakta yang melibatkan orang Melayu seperti tanah rezab Melayu, royalti kepada Kelantan, diskriminasi pembahagian baja, subsidi masih lagi berlaku.

Semuanya dilakukan oleh orang sesama bangsa, yang hari ini bertempit sorak hidup Melayu.

Insya Allah, PAS bersedia menggantikan Umno untuk menyelamatkan negara dan rakyat. - HARAKAHDAILY 10/12/2015

Penulis ialah Naib Presiden PAS.

Share on Myspace