Hamas kini sudah berusia 28 tahun

HARAKAHDAILY | .

GERAKAN (Ḥarakat al-Muqāwamah al-ʾIslāmiyyah) Hamas membuka acara peringatan usia ke-28 tahun pada hari Rabu (9 Dis).

Acara ini sebelumnya diumumkan pada sebuah sidang akhbar pada Selasa (8 Dis) di rumah Sheikh Mohamed Toha desa Al-Bureij, Gaza.

Pegawai senior Hamas, Ziyad Abu Zaid berkata dalam ucapan perasmiannya, kini pada usia Hamas yang ke-28 membuat gerakan ini lebih kuat dan teguh dalam membela hak-hak rakyat Palestin.

Dilaporkan dalam PIC, Abu Zaid menegaskan, gerakan ini telah tiga kali terlibat perang dan membela semua rakyat Palestin dan banyak lain-lain yang telah dilakukan Hamas selama ini.

Persidangan akhbar ini dihadiri oleh pegawai-pegawai Hamas, ahli parlimen, pejabat dan sejumlah warga Palestin. [Islampos]

Share on Myspace