Hamas gesa Saudi dan Turki dukung intifadhah

HARAKAHDAILY | .

Wakil Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyah, semalam menyeru Arab Saudi dan Turki, menyokong perjuangan intifadhah yang dimulai oleh para pemuda Palestin sejak Oktober lalu.

"Intifadhah Jerusalem ini dilakukan untuk membela Masjid Al-Quds di mana Israel ingin mengambil alih tapak suci ini dari umat Islam serta menukar fungsi Al-Quds ini menjadi tapak agama Yahudi," ujar Haniyah dalam sebuah siaran televisyen.

"Kami mengharapkan peranan Saudi untuk menghadapi skim Israel serta memanggil Turki untuk berperanan dalam semua kedudukan dalam intifadhah ini," tambahnya.

Dilaporkan dalam Palestinian Information Center (PIC), Haniyah memuji peranan penting kedua-dua negara itu dalam perjuangan intifadhah rakyat Palestin. [Islampos]

Share on Myspace