Jika nak menang cepat, PAS bukan wadahnya

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Perjuangan Islam bukan mudah untuk mendapat kemenangan.

Naib Presiden PAS, Idris Ahmad berkata, ia perlu melalui onar dan duri.

"Jika kita menyertai PAS hendak menang cepat seperti masak mi segera, maka PAS bukan wadahnya," ujar beliau menerusi laman facebook.

Tegasnya, Islam suatu yang mahal dan berharga, bukan mudah untuk menjadi barang pertaruhan.

Justeru, tambahnya banyak yang tercicir apabila impian tidak tercapai.

Ahli Parlimen Bukit Gantang itu turut mengingatkan pendukung PAS agar jangan berserabut bersama parti.

"Kita tidak perlu serabut kepala ketika bersama PAS. Balik kepada nawaitu kita menyertai PAS.

"Usah layan sangat perasaan kita, jika kita tidak puas hati dengan beberapa individu dalam parti," ujarnya.

Ini, katanya kerana ia merupakan lumrah organisasi yang tidak mampu memberi kepuasan kepada semua ahli.

"Inilah nikmat berjamaah," kata beliau lagi. - HARAKAHDAILY 12/12/2015

Share on Myspace