Ancaman Rusia: Kapal perang asing di Laut Mediterranean

HARAKAHDAILY | .

Pasca pesawat Sukhoi 24 ditembak oleh jet pejuang F-16 Turki pada 24 November lalu, Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) segera menghantar puluhan kapal perang ke Laut Mediterranean Timur untuk menghadapi ancaman Rusia terhadap salah satu anggota mereka.

Maklumat yang diperoleh Anatolia dari sumber tentera berkata bahawa ada lebih daripada 60 kapal perang yang berada di perairan Laut Mediterranean Timur dalam rangka menjaga pihak berkuasa wilayah, ataupun ikut ambil bahagian dalam menumpaskan gerakan Negara Islam (IS) di Iraq dan Syria.

Berikut beberapa negara yang meletakkan kapak-kapal perangnya di Laut Mediterranean:

Turki

Turki yang dipimpin oleh Presiden Recep Tayyip Erdogan menghantar 34 kapal perangnya di kawasan Laut Mediterranean, yang terdiri dari 20 kapal jenis prang dan 14 kapal bantuan seperti firgat dan kapal selam yang terus membuat rondaan secara bergilir-gilir.

Rusia

Negara yang baru saja menggelar campur tangan ketenteraan ke Syria pada akhir bulan September lalu mempunyai dua kapal selam yang salah satunya baru saja tiba pada awal minggu ini, 3 kapal bantuan, 3 kapal tangki minyak, kapal pengintai, 2 kapal frigat dan kapal jenis cruiser.

Amerika Syarikat

Sebagai pemimpin utama pakatan antarabangsa, Amerika Serika menempatkan 3 kapal perang, 2 kapal pemusnah dan sebuah kapal pendaratan di Laut Mediterranean.

Itali

Menghantar sebuah kapal dan kapal selam di Laut Mediterranean.

Britain

Menghantar 16 kapal perang dan pesawat tentera di "Akrotiri" pangkalan tentera di Cyprus selatan.

Jerman

Menghantar 2 kapal frigat ke Laut Mediterranean untuk mengawal kapal induk Perancis Charle de Gaulle.

Sedangkan negara anggota Nato seperti Belgium, Sepanyol, Kanada, Portugal, Greece dan Belanda, masing-masing mengrimkan satu kapal perang ke Laut Mediterranean. (Eramuslim)

Share on Myspace