GCC sokong penuh kemerdekaan rakyat Palestin

HARAKAHDAILY | .

MAJLIS Kerjasama Teluk (GCC) telah menegaskan sokongan penuh untuk rakyat Palestin dalam memiliki negara merdeka.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada akhir mesyuarat tahunan ke-36, di ibu negara Saudi Riyadh, Khamis (10 Dis) para pemimpin menyatakan sokongan mereka bagi Palestin yang menderita di bawah pendudukan Israel.

Mengulas mengenai situasi di Yaman, mereka menegaskan kembali sokongan untuk penyelesaian politik sesuai inisiatif GCC, hasil daripada Dialog Nasional dan Majlis Keselamatan PBB.

Blok tersebut juga menegaskan sokongannya terhadap penyelesaian politik di Syria dan hasil dari mesyuarat pembangkang yang diadakan di Riyadh.

Mereka menyokong hasil pertemuan itu yang menjamin persatuan dan kemerdekaan tanah Syria sesuai prinsip-prinsip Geneva 1 termasuk menyambut baik hasil perundingan Vienna pada Syria.

Para pemimpin GCC juga menekankan bahawa keganasan merupakan masalah global dan menekankan bahawa dunia harus berkongsi tanggungjawabnya untuk memerangi keganasan dan membasmi sumber ekstremisme.

Mereka berjanji untuk terus memerangi keganasan dengan koordinasi dan kerja sama dari negara-negara sahabat. [Islampos]

Share on Myspace