Cabaran zaman: Duat dan Mujahid Siber

NASRUDIN HASSAN | .

Cabaran zaman mesti didepani dengan bijak, berani dan optimis menggalas tanggungjawab perjuangan Islam.

Duat dan Mujahid Siber adalah dua skuad yang dipertanggungjawab langsung untuk membawa risalah perjuangan Islam ini ke serata pelosok alam sekaligus menangkis segala serangan siber yang dihadapkan kepada Islam dan ummatnya.

Terdapat dua kategori gerak kerja berorientasikan maklumat di dunia siber.

i - Penyampaian dan mekanisme penyampaian risalah perjuangan Islam secara hikmah serta penerimaan dan mekanisme penerimaan maklumat. Ini adalah peranan Duat Siber.

ii - Menegakkan kebenaran dan kemurnian perjuangan Islam, menjawab segala kesamaran dan menangkis pelbagai serangan dengan mujadalah (dialog/wacana) yang berhemah di medan siber. Ini adalah peranan Mujahid Siber.

Alam siber menjadi satu lagi pentas jihad kontemporari untuk para pejuangnya mencari keredhaan Allah swt dan pahala yang dijanjikan dengan tugas yang dilaksanakan:

- Pastikan Risalah Islam temui sasaran
- Benar pada fakta dan data
- Aproach yang sesuai dan bistari
- Menjawab persoalan berbangkit
- Menangkis fitnah
- Menolak kebatilan

Hayatilah firman Allah swt:

الَّذِينَ يُبَلِّغُونَ رِسَالَاتِ اللَّهِ وَيَخْشَوْنَهُ وَلَا يَخْشَوْنَ أَحَدًا إِلَّا اللَّهَ وَكَفَىٰ بِاللَّهِ حَسِيبًا

(Nabi-nabi yang terdahulu) ialah orang-orang yang menyampaikan syariat Allah serta mereka takut melanggar perintahNya, dan mereka pula tidak takut kepada sesiapa pun selain daripada Allah. Dan cukuplah Allah menjadi Penghitung. (Surah Al Ahzab: 39)

Usah bimbang dan resah dengan aksi dan serangan cybertrooper musuh-musuh Islam. Hadapi mereka dengan syakhsiyah dan disiplin akhlak Islami.

Beristiqamah Hingga Kemenangan - HARAKADAILY 13/12/2015

Share on Myspace