Kami terus bina generasi dengan keimanan - Haniyah

HARAKAHDAILY | .

Wakil Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyah mengatakan, membina generasi yang dilengkapi dengan iman adalah langkah untuk mencapai kemerdekaan Palestin.

Haniyah menyampaikan sambutannya dalam acara wisuda penghafal al-Quran di hospital Rafah, Gaza pada hari Sabtu (12 Dis).

"Hari ini, kami akan terus membina generasi dengan keimanan dan kasih sayang untuk membebaskan rakyat Palestin dari penjajah Israel," ujar Haniyah.

Beliau menegaskan, generasi Qur'ani, beriman, dan mencintai masjid dapat membebaskan Palestin, Jerusalem dan Masjid al-Aqsa.

"Orang beriman boleh mengalahkan musuh mereka, bahkan jika mereka hanya mempunyai sedikit persenjataan," tambahnya.

Tambah beliau, Israel baru-baru ini, akan membahagi dua kawasan Masjid al-Aqsa.

Namun, langkah itu digagalkan oleh warga Palestin, termasuk seorang wanita yang menghadapi tentera Israel dengan berbekalkan Al-Quran saja.

"Orang-orang yang senantiasa menjaga Masjid Al-Alqsa dan seorang wanita Palestin, berjaya menanamkan benih intifadhah di Jerusalem dan Tebing Barat," ujarnya.

Dilaporkan dalam PIC hari ini, di akhir pidatonya beliau mngucapkan terima kasih kepada para pembina atas usaha mereka yang telah meluluskan 200 guru dan penghafal al-Quran. [Islampos]

Share on Myspace