Kapal nelayan ditembak Rusia, ini tanggapan Turki

HARAKAHDAILY | .

MENTERI Luar Negeri Turki Mevlut Cavusoglu menyatakan bahawa negaranya tidak menyokong ketegangan dengan Rusia.

Pernyataan itu disampaikan Cavusoglu selepas Kementerian Pertahanan Rusia melaporkan telah menembak kapal nelayan Turki di Laut Aegean.

"Kami telah mengetahui pernyataan Rusia," kata Menteri Luar Negeri Turki Mevlut Cavusoglu wartawan di Roma, ketika mengikuti persidangan antarabangsa mengenai Libya.

"Tetapi seperti yang selalu kami katakan, 'kami tidak menyokong ketegangan'. Kami lebih suka untuk mengatasi ketegangan melalui dialog," katanya.

Cavusoglu juga menegaskan, mempunyai pertemuan singkat dengan Dewan Persekutuan Rusia Valentina Matvienko.

Menurut Anadolu Agency, kedua-duanya bertemu pada di sela-sela persidangan antarabangsa di Ashgabat, Turkmenistan.

"Kami bertemu dan itu berjalan baik," kata Cavusoglu.

"Kami telah menyatakan keinginan untuk mengatasi situasi saat ini," ujarnya lagi.

Insiden penembakan kapal nelayan Turki, datang pada ketika Turki dan Rusia dalam keadaan tegang, pasca F16s Turki menembak jatuh pesawat Rusia SU-24 berhampiran sempadan Turki-Syria. [Islampos]

Share on Myspace