Trump bukan ahli politik yang berjaya - Erdogan

HARAKAHDAILY | .

PRESIDEN Turki Recep Tayyip Erdoğan membidas kenyataan kontroversi calon Presiden Amerika, Donald Trump supaya umat Islam disekat daripada memasuki negara itu.

Erdogan berkata Trump adalah 'bukan seorang ahli politik yang berjaya', lapor Hürriyet Daily News.

"Seorang ahli politik yang berjaya tidak akan membuat kenyataan itu, kerana ada berjuta-juta umat Islam yang tinggal di Amerika Syarikat," kata Erdogan kepada pemberita ketika pulang ke Turki dari Turkmenistan.

"Saya tidak tahu sama ada dia menang atau tidak tetapi mari kita andaikan dia menang. Apa yang akan berlaku? Adakah dia akan mengetepikan semua hubungan dengan negara-negara Islam? Ahli politik tidak perlu bercakap seperti ini," katanya lagi.

Share on Myspace